Wednesday, June 18, 2014

aku lebih dari dia

a day to remember
feel better
many thing change
i need to survive
there is nobody can help you
but you need to discipline yourself

yes dalam hidup ni tak semua yang kita nak. kita akan dapat tapi Allah akan beri apa yang kita perlu. 
yes aku selalu mengeluh tak tahu sebab apa. kadang kadang kerja pun mengeluh.  bukan kadang kadang tapi selalu
yes aku yang suka compare orang lain boleh tapi kenapa aku tak boleh
yes aku yang selalu cemburu lihat orang lain boleh beli apa saja. pergi mana saja. beruntungnya mereka
yes aku yang selalu tak puas hati dengan hidup aku lalui ini
yes aku yang selalu jiwanya memberontak dalam diam
yes aku yang merasakan hidup aku tak bermakna kerana aku merasakan hidup orang lain lebih bahagia dan gembira
yes aku lah manusia yang tak bersyukur itu

tapi ketika aku berjalan pulang dari tempat kerja
ya aku melihat lelaki itu di tempat sampah
ya mungkin mencari makanan
ya mungkin juga mencari benda yang boleh di jual

aku tersentak
aku terdiam
aku menangis

betapa perlunya aku hidup lebih bersyukur
kerana aku masih ada nyawa
kerana aku masih ada ibu ayah
kerana aku punya kesihatan
kerana aku punya pekerjaan
kerana aku ada pelajaran
kerana aku ada otak untuk berfikir

subhanaallah 
maafkan aku tuhan
aku hambamu 
yang hanya tahu mengeluh 

kini aku sedar
aku lebih dari orang yang ku lihat tadi
aku lebih dari orang sakit
aku lebih dari orang tak punya pekerjaan
aku lebih kerana aku punya keluarga

ya tuhan 
buangkanlah sikap ku yang tak bersyukur
berilah keberkatan hidup di dunia dan akhirat 
amin ya rabbal al amin

hambamu

No comments:

Post a Comment