Thursday, August 4, 2011

OWH BULAN

assalamualaikum wbt...

saya sebagai pemegang mohor besar seri paduka diraja dengan ini mengishtiharkan
tarikh bulan ramadhan jatuh pada
1 august 2011
bersamaan
1 ramadhan
puasa jangan tak puasa tau tau


hola kesayangan dinda.. selamat menyempurnakan ibadah di bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini. hari ini sudah masuk hari keempat puasa! tahniah kepada mereka yang masih penuh puasanya. kepada mereka yang tidak penuh, cuba lagi tahu depan..
hoi hoi!!
ingat ini contest gores dan menang ke boleh cuba cuba tahun depan bagai?
jawapannya tak boleh. tahu tak fadhilat di bulan puasa ini amatlah besar jika dimanfaatkan. time macam inilah pintu langit terbuka. so jika kita doa, semua terus naik ke langit.. amalan terus mendapat pahal yang berlipat gandanya.
ada satu lagu indonesia ape entah tajuknya.. tapi best banget dong. suka sangat lagu itu kerana lirik menceritakan apa amalan yang kita boleh lakukan di bulan ramadhan yang mulia ini.
tapi tak tahu tajuk T___T

dalam bulan puasa ini, kita kena==
1. puasa!
2. cukupkan solat yang 5 itu
3. banyakkan berzikir
4. kita boleh solat terawih.yeah!
5. bersedekah
6. beramal
7. banyakkan baca Al-Quran
8. jangan tengok apa2 yang boleh menaikkan syahwat
9. berbuat baik sesama manusia
10. jangan lupa pulang ke kampung berpuasa bersama family


so sepanjang puasa ini, 30 hari tawaran ini akan berakhir. so hari ini puasa yang keempat, tinggal 26 hari saja lagi tawaran yang sangat hebat ini. sila gebang gebang dekat orang lain mengenai tawaran hebat ini.
sila lakukan amalan ibadah yang mampu kita lakukan . semoga kita tidak akan menyesal jika ramadhan ini berlalu pergi. sesungguhnya Allah swt mahu hambanya merasa akan kehidupan si miskin. yela .. kita puasa 30 hari je tau. (itupun kalau penuh) tapi si miskin mungkin puasa berbulan bulan.. masyallah ...


banyakkan bersedekah, jika tidak mampu, berilah apa yang termampu dan jika tidak mampu juga cukuplah sekadar mendoakan yang terbaik

so andai u suka buat jahat-jahatkan. sila lempang muka sendiri kerana tahu tak semua syaitan kena ikat. diorang dah takde dah sekililing kita. mereka dah kena ikat selama sebulan. tapi si syaitan ini masih boleh membisikkan kata-kata durjana... hahaah *gelak syaitan


so time macam inilah si mati yang telah meninggal dunia terlepas daripada seksaan kubur. mereka akan diberi rehat untuk menghormati bulan yang penuh keberkatan ini. tapi bila cukup 30 hari, mereka akan menangis kembali keran mereka akan diseksa semula sehingga kiamat. amat beruntunglah bagi mereka-mereka yang beriman. sesungguhnya mereka amat mendambakan kiamat hampir dengan cepat tapi kita yang masih hidup takot untu mengetahu kiamat itu makin hampir

renung-renungkan dan banyak banyakkan beramal ya










No comments:

Post a Comment